rel='stylesheet' type='text/css'/>

Friday 3 June 2011

Perigi Cari Timba?


Perigi cari timba.... Wah, hebatnya perumpamaan ni! Tapi apa benda perigi tu? Menurut Kamus Dewan, perigi ialah tanah yang di korek utk mendapatkan sumber air bersih yang digunakan pada zaman datuk nenek kita dulu. Jadi perigi itu sifatnya tidak bergerak walau dengan apa cara sekalipun.

Ditarik, ditolak, diumpil.. ia tetap tak akan bergerak. Sesiapa yang nak perigi tu, datang la bawa timba. Nak suruh perigi tu yang datang? Minta maaf la...

Jadi, ini la perumpamaan yang popular digunakan oleh masyarakat kita untuk menggambarkan usaha-usaha pihak perempuan membuka mulut untuk mencari jodohnya sendiri. Usaha ini memang tidak akan menjadi dan memang akan gagal 100%.

Kenapa? Sebab kita sendiri YANG MENGGAGALKANNYA! Kenapa pula kita nak samakan usaha murni kita tu dgn perigi?


Oleh sebab peribahasa “perigi cari timba” ni sudah jadi “adat” berdekad-dekad lamanya dlm institusi masyarakat kita, memang la susah hendak dipulihkan. Apa pun cuba-cubalah kita belajar keluar dari tradisi ni.

Maka, apa yang patut kita buat ialah pihak lelaki perlu lebih peka dengan “sign” atau “signal” yang datang daripada pihak perempuan yang sifatnya “indirect”, berlapik, berselindung, tersembunyi dan macam-macam lagi la.


Tapi kalau x phm bahasa “sign”/isyarat (atau saja2 buat x phm), maka berlalulah “sign” itu dibawa angin. Bagi orang macam ni, saya nak ingatkan, “TOLONG JANGAN MAINKAN PERASAAN PEREMPUAN!” kalau ada “sign-sign” macam tu, berilah reaksi atau berterus teranglah. Sebaik-baiknya guna perantaraan org ketiga. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu tertunggu-tunggu dan kalau gagal pun, dia boleh cuba yang lain.

Nasihat saya pada semua perempuan, usah takut atau bimbang. Kalau pun kita ni tak cukup cantik atau kerja pun x seberapa, ada satu perkara yang boleh kita perbaiki dan inilah aset yang paling penting dalam hidup kita iaitu AGAMA. Agama ialah harta yang paling penting untuk kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat. Oleh itu mari kita sama-sama tingkatkan kualiti agama kita. Cintai Allah lebih dari segalanya....

http://www.emocutez.com
“Cukuplah dalam hatiku hanya ada Allah”


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

3 comments:

Anonymous said...

perigi cari timba,ok jugak tuu...skrg ni zmn dh b,ubah org pompuan yg bnyak ngurat lelaki dulu mngikut observation aq.... tapi ia tidak m,jadi isu krn nabi kite pun khadijah yg m,lamar baginda.Tapi bab signal tu susah ckit kdg2 ade jenis lelaki yg x peka sngat ,sbb die jenis direct,x pun jenis lurus bendul punye org laa,dlm dunia, m,nusia m,nyai plbagai p,wtkan.Tapi x kisah laaa,org yg taat perintah Allah akn dpt psangan yg baik dan Allah akn bantu utk kite knl org tu baik atau x.Klau kite dpt REDHA ALLAH kite dpt segala2nye. ( DUNIA DLM GENGGAMAN ALLAH BESERTA HATI2 MANUSIA) .Tapi skrg ni ramai pompuan tergadai maruahnye sbb takut ditinggalkan pakwenye or atas dasar cinta.Tapi kite kene b,ingatlah kite pun x tau ape nasib kite nanti ... (adam).....

ღ Atikah Ramlan ღ said...

adam :: :) btol.. aku sokong.. huhu.. sama2 kte saling ingat mengigati..

nuratiqah mohd samsury said...

orang laki nie kadang nk kata tak pandai ade 9 akal,,tapi kenapa lar dia tak paham2 sign yg diberi oleh seorg wanita?? ker dy saje buat2 tak paham,, lelaki nie sebenarnya lagi complicated drp perempuan,,

Post a Comment