rel='stylesheet' type='text/css'/>

Tuesday, 14 June 2011

10 Tanda Hati Kita Mati


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamulaikum kepada semua yang sudi ziarah blog saya. Tahukah anda bagaimana hati kita boleh mati? Cuba kita renung diri sendiri. Mati atau hidupkah hati kita? Disini saya ingin berkongsi dengan kalian 10 sebab mengapa hati kita boleh mati. Semoga ianya dapat memberi panduan dalam hidup kita. InsyaAllah....

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah : 


Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

Mengaku cinta kepada Rasulullah SAW, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.



Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. 


Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.



Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati 
Allah( berzikir ).

Firman Allah:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28) 



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, 
Dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."

Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.







Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana(akhirat) kecuali kehidupan dunia sahaja.


Ayuh Renovate!
Renew HATI kita!


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

4 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum cik Atikah :)

Alhamdulillah,peringatan yang baik:) Hati manusia penting untuk dijaga,bersama menjaga hati! :)

teruskan berkongsi ilmu :D

Adie shahrul said...

Hiasilah hati kita dgn corak keimanan dan ketaqwaan..:)

Khazinatul Asrar said...

smoga sntiase brmhsbah dri...
jgalah hti...^^~

Atikah Ramlan said...

jiha, adie & khaz :: terima kasih kalian semua!! huhu.. doa2kn agar diri ni tabah hadapi liku2 hdup.. susah rsnye nk jaga hati ni..

Post a Comment