rel='stylesheet' type='text/css'/>

Friday, 3 June 2011

Kenapa Tak Kahwin-Kahwin Lagi?


Dah lama saya tak “update” blog ni. Rindunyer dkat blog saya ni. Rasa nak peluk-peluk je. Dah mcm rindu kat pakwe (eh, ade pakwe ke?). Hari ni saya nak cerita pasal kahwin. Yela. Cuba kita baca surat khabar kahwin lambat dah jadi 1 “trend”. Amboi, benda baik kita lambat-lambatkan tapi bila ajak “dating” kemain lagi kat “shopping complex” tue. Peluk sana, pegang sini, malu teman menengoknyer (cuba cakap loghat Perak).


Kahwin ke tak? Kahwin ke tak? Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Silap langkah, kahwin bawa bala. Tapi kalau tak kahwin apa pula orang lain kata? Hai masalah betul jadi perempuan ni!

Itulah luahan hati kecil seorang perempuan apabila saat jodohnya diseru. Bimbang dan takut hendak kahwin senantiasa bermain dalam fikiran. Takut hilang kebebasan la, takut tak dapat jadi suri idaman la, takut berkorban demi kerjaya dan macam-macam lagi la.

Rata-rata orang perempuan sanggup menunggu lebih lama di alam bujang semata-mata mahu mencari “MR.RIGHT” yang sekufu dengannya datang melamar. Maksud sekufu itu adalah dari segi ekonomi si lelaki, status akademiknya, pangkat, darjat atau keturunan lelaki itu dan macam-macam lagi la.


Lulusan sarjana mana padan dengan lulusan PMR! Eksekutif kanan mana mungkin tidur sebantal dengan “MAT DESPATCH!” Eh, bukan anda, saya cakap pasal orang lain. Jangan marah ye.

Ada pula yang tak mahu kahwin kerana belum puas “enjoy” lagi. Kenapa hendak diikat cepat-cepat dengan perkahwinan? Impian peribadi pun belum tercapai lagi. Kalau nak kahwin, impian peribadi mesti dicapai dulu. Manalah tau, kalau-kalau perkahwinan menemui jalan mati, sekurang-kurangnya kita ada cukup bekalan untuk bangkit semula.


Ada juga yang tak mahu kahwin sebab tengok rumah jiran atau kawan-kawan yang asyik bergolak. Tengok rumahtangga jiran sebelah, baru 5 hari kahwin, dah runtuh. Eeeeiii.... tak ke ngeri bunyinyerr..

Dengar pula cerita rumahtangga kawan-kawan tak habis-habis bergolak, rumahtangga saudara-mara sendiri pun tidak semuanya menjadi, asyik panas je. Bila macam tu, mula la terbayang-bayang perkara tidak elok dan buruk-buruk. Mulalah naik “suspense” apabila pintu hati diketuk orang. Jeng jeng jeng.. :D

Walau apa pun, ribuan alasan dan sebab boleh diberikan untuk soalan yang di tanya, “KENAPA TAK KAHWIN-KAHWIN LAGI?” kalau tanya saya jawapannya mudah, “belum ada jodoh!” 

"spesis lelaki bijak, berilmu, beriman semakin kurang populasinya"




terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

7 comments:

Nazihah@Jiha said...

hehehe...senyum jak r ^^,

Kenapa hendak diikat cepat-cepat dengan perkahwinan? Impian peribadi pun belum tercapai lagi. Kalau nak kahwin, impian peribadi mesti dicapai dulu. Manalah tau, kalau-kalau perkahwinan menemui jalan mati, sekurang-kurangnya kita ada cukup bekalan untuk bangkit semula.,,(sokong yang ini!) huhu

Atikah Ramlan said...

yeah!! saya pun sokong yg tue!! huhu.. terima kasih jiha sbb sudi bc :))

Zul Fattah said...

tp ... sy rasa.. kahwin awal r lebih baik dari kahwin lambat..
dalam mencegah gejala couple..seks bebas..dan kes buang bayi..

kandabeel said...

xbes la
ayt simple
cube bg ayt yg mendalam sket
sde aura uh

kandabeel said...

*xde aura uh

Atikah Ramlan said...

zul fattah :: bgantung pada pasangan tue.. klu die takut melakukan zina, adalah lebih baik mereka berkahwin..

Atikah Ramlan said...

kanda beel :: budi bahasa budaya kita.. huhu.. ape la kau ni.. nnt ade yg terasa lak klu aku ckp pedas2..

Post a Comment