rel='stylesheet' type='text/css'/>

Saturday 2 July 2011

Sahabat, Aku Lemah


Assalamualaikum..
Apa khabar kawan-kawan semua?
Saya terbaca sajak ni dekat facebook tadi. Rasa seronok bila baca sajak ni. Sebab tu rasa macam nak letak kat blog. Anyway, saya tujukan sajak ni buat kawan-kawan yang mengenali diri ini. Walau dimana dikau berada, ku doakan agar dirimu berbahagia selalu. 

Ok, kita mulakan bacaan sekarang.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sahabat, 
Aku lemah,
Benteng ku bina telah pun musnah,
Ku mahu bangkit tetapi payah.
Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat mehnah,
Kuatkanlah aku wahai sahabat.
Sahabat, Aku lemah,
Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku daripada taufah.
Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku patah,
Papahkanlah aku ke jalan Allah S.W.T,
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut menjadi fitnah,
Tegurlah aku biar berhikmah.
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut azab-Nya Allah S.W.T,
Peringatkanlah aku jangan bersudah.
Ku tahu,
Sifat insan itu lemah,
Sendirian dia dikelilingi fitnah,
Selain iman pembenteng punah,
Kekuatan hadir di balik ukhuwah.
Sahabat,
Aku lemah,
Kalian harapanku,
Janganlah biarkan aku terus hanyut.
Sabarlah denganku biarpun payah,
Tegurlah aku walaupun kerenah,
Sebelum aku punah,
Sebelum aku menyesal tak sudah,
Sebelum aku diazab Allah S.W.T.
Pimpinlah aku bersamamu,
Kembali kepada Allah S.W.T,
Moga-moga pengakhirannya,
Khusnul khatimah.
Ku berharap padamu,
Sahabat yang kisah.

Glosari
1) Mehnah = Ujian
2) Taufah = Lalai, Cuai


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

8 comments:

Nazihah@Jiha said...

[Untuk Seorang Sahabat]

Mungkin waktukan terus berlalu,membawa buih-buih pergi menjauh.

Dan manusia hanyalah butir pasir berserak di hamparan zaman,yg mengikuti kemana angin takdir berhembus.

Dan mungkin waktu melapukkan batu,
membuat besi menjadi karat.

Mengubah dunia menjadi tidak seperti yg kita kira dan angankan.

Walau sungguhpun waktu berkuasa,persahabatan sejati takkan mudah pudar olehnya..:)

bacalah dengan nama Allah swt :)

Khazinatul Asrar said...

thnx 4 being my fren...
=P

atiqa said...

Suka2....

mohon izin share ya puisi ini..(^^)

ღ Atikah Ramlan ღ said...

@Nazihah@Jiha
huhu... ni tuk jiha plak..
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."

ღ Atikah Ramlan ღ said...

@Khazinatul Asrar
hahaha.. tq 4 being my frenz to.. :D

ღ Atikah Ramlan ღ said...

@愛 Nur
boleh2.. ambil je.. x kisah.. huhu.. :)

Yas Sara said...

itulah manisnya mahabbah ukhuwah pada jalan ALLAH...(^_^)

ღ Atikah Ramlan ღ said...

@Yas Sara
Huhu.. btol tu :D

Post a Comment