rel='stylesheet' type='text/css'/>

Wednesday, 15 June 2011

Perasaanku Setiap Kali Final Exam


Selesai sudah pengajian aku untuk semester kali ini pada hujung bulan April yang lalu.  Semester 4 yang lalu aku praktikal di UKM Bangi (tak payah la korang tau celah mn aku praktikal. Bagi tau tempat pun kira ok), semester 5 bln Julai baru start. Semester 5 dan 6 ni la yang paling aku takut. Final project pun tak terpikir nak buat apa ni. Apa yang pasti semua akan berulang-ulang macam putaran roda. Pergi kelas, buat assignment, lab report, ambil kuiz, ambil test, cuti, then ulang balik sampailah aku disahkan menghidapi sindrom ketumpatan IQ yang tinggi.

Awal-awal sem memang bersemangat. Tapi selalunya semangat bertukar menjadi hangat-hangat taik ayam sahaja.

Aktiviti yang boleh dilakukan diwaktu malam selain daripada bermain game dan menonton movie bersama kawan-kawan tercinta adalah membuat assignment.


Bila berjaya menyiapkan assigment pada waktu yang ditetapkan perasaan ini sukar untuk digambarkan. Hahaha...

Tapi kedamaian yang dikecapi tidaklah berpanjangan. Korang ingat siap assignment dah boleh bungkus kain baju pergi bercuti ke Phuket, Thailand ke? Aku kena menghadapi lab, kuiz, test. Itu penting kot sebab itu menyumbang kepada markah tambahan bagi mengekalkan pointer aku atas 3 point ehem2. Tapi serius semua tu buat aku rasa tak aman je. Ada je benda nak di hafal.


Lepas dah habis kesemua ujian tu kena melalui Final Exam. Yeaaah, semua student kecut perut bila nak mengharungi perkara ini. Tapi kalau pada aku memang menimbulkan 1001 perasaan yang menyakitkan psychology aku. Kadang-kadang boleh buat aku sampai demam korang tahu tak.

Perkara ni memang ramai student buat. Study last minute. Aku mengaku bahawa aku pun tak terlepas dari perkara macam ini. Waktu inilah baru ciri-ciri perwatakan seorang student mithali dapat diperlihatkan. Atas tilam dan meja penuh dengan buku-buku ilmiah. Padahal esok dah nak exam ni malam ni baru sibuk nak membaca dan menghafal.  Lepas tu mula terbit keinsafan dalam diri “Kalaulah aku belajar betul-betul masa tu kan bagus”. Sehinggakan 5 minit lagi sebelum nak masuk dewan peperiksaan pun still mulut berkumat kamit menghafal segala apa yang diperlukan.


Orang kata kalau tak ambil Final Exam tak boleh bercuti. Dia kira sama macam pepatah “Siapa tak puasa tak boleh beraya”. Setelah penat lelah usaha bertungkus lumus belajar siang malam akhirnya dapat juga bercuti. Berehat bersama keluarga tersayang. Bab ni student paling suka sangat. Ada yang habis je exam terus balik tak reti nak menyabo. Balik kampung nak cepat, balik poli tahu pula liat sampai ada yang mengaku lupa ingatan,termasuk lah aku.

Dah habis cuti kenalah balik semula ke poli. Aku tahu lecturer-lecturer memang sentiasa merindui untuk memberi tekanan kepada aku. Saat-saat cuti nak berakhir tu mula terbayang result Final Exam sem lepas. Apalah result yang bakal diterima. Adakah resultnya memuaskan atau mendapat result yang berstatus agak menakutkan. Serius, aku memang selalu terfikir macam tu sampai time cuti pun aku rasa tak senang duduk. Yelah, orang kata jangan over confident sangat. Lagipun aku bukanlah dalam kategori pelajar yang rajin. Aku cuma kurang rajin sikit je sebab tu aku takut nak menghadapi saat melihat result exam.


Waktu inilah untuk melihat keputusan sendiri dan menstalker keputusan para sahabat yang lain. Selalunya keputusan aku memang diluar jangkaan sehinggakan aku sendiri kadang-kadang rasa tak percaya. Lepas tu kena inform parents pasal keputusan yang tak seberapa. Huuu, saat nak inform tu rasa memang gementar takut ada aktiviti al-Kuliyah daripada parents aku. Sadis betul..


Lepas dapat keputusan tak kira baik atau buruk pasti mahu pasang semangat baru. Yelah, cahaya nur keinsafan mula menyelubungi diri. Aku mahu menjadi lebih baik dari ini. Aku mahu naikkan dan perbaiki pointer aku. Yeaah, that’s right. Kalau Malaysia Boleh sudah tentu aku pun boleh. Aku nak study rajin-rajin supaya jadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. InsyaAllah..Chaiyook!!! "Di mana ada kemahuan pasti ada jalan" nak buat macam mana aku kenalah study untuk menjadi orang yang berguna pada masa depan.. Amin =)

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti saya dan kawan saya Husna IzzatiKLIK SINI??

Cerita ini hanya sekadar hiburan. Harap-harap kalian terhibur. Huhu..




Cuba kita bayangkan apabila waktu malam tidak bertukar siang? Mungkin bagi orang yang cacat seperti orang buta sudah biasa dengan keadaan ini tetapi bagi golongan yang normal, adalah satu yang agak sukar untuk kita meneruskan kehidupan dalam kegelapan yang berterusan. Begitu juga halnya dengan ilmu. Ilmu umpama pelita hidup yang sentiasa menerangi manusia kerana tanpa ilmu gelaplah hidup seseorang itu. Seseorang itu boleh menuntut ilmu di mana sahaja tanpa mengira tempat serta masa. 


Munurut ajaran Islam, menuntut ilmu merupakan satu ibadat dan jika seseorang itu menuntut ilmu yang baik disisi agama, maka Allah swt akan memberikan ganjaran kepada orang tersebut. Ilmu juga merupakan penggerak utama seseorang untuk meneruskan kehidupan.



terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

6 comments:

Zul Fattah said...

do the best k.. u can do it..

Anonymous said...

semangat....semangat semangattttt

Zul Fattah said...

http://zulfattah.blogspot.com/2011/06/new-contest-kami-kaki-blogging.html
cuba ni

Khazinatul Asrar said...

mmg jdi lmrah pljar...
cm tu r...
tggal sthun lgikn kt poli??
then da pkir nk wat dgree kt ne??

Atikah Ramlan said...

zul fattah + anonymous :: huhu.. terima kasih ^_^

Atikah Ramlan said...

khaz :: huhu.. x tau nk amek degree ktne.. n xtau nk amek corse yg same ke x.. hurm... ntah la khaz.. mcm2 dugaan hdup ni..

Post a Comment