rel='stylesheet' type='text/css'/>

Friday, 3 June 2011

Sukarnya Mencari Teman Hidup!


“Pilihlah aku sebagai teman hidupmu, Tipah. Walaupun rupa aku tak berapa nak ada, duit aku cukup-cukup alas perut sendiri aje, kereta pun hanya guna dua tayar je, rumah pun hanya boleh muat kita berdua je ( aik, bilik sewa ke?), tapi ketahuilah Tipah, aku rajin solat, tak caya tanyalah imam kat surau kita. Budi bahasa aku mulia. Tak caya tanya mak aku. Percayalah wahai Tipah, harta menimbun macam Donald Trump atau rupa hensem gler bak Tom Cruise, tak menjamin kebahagiaan berbanding agama dan akhlak mulia. Memang emas dan permata tak dapat di pisahkan dari kaum wanita tapi sedarlah Tipah, semua itu adalah dunia yang menipu daya bagaikan kaca yang bertaburan. Oh Tipah pilihlah aku, mutiara yang tersembunyi di dasar lautan.”

Ikhlas daripada,
Teruna pinggiran

Patut la si Tipah tak nampak Teruna Pinggiran ni. Rupa-rupanya tersembunyi kat dasar lautan. Yang si teruna ni pun satu, apesal la dia sembunyi kat laut, dah kompem-kompen xde sape nampak dia. Kita ni orang perempuan jual mahal dengan harapan pemuda tu "keep trying” (adab orang timur la katakan), orang lansung tawar hati dan kata, “Hi, hi.. bye, bye!”. Kita jual murah sangat, orang kata kita barang “low quality”, sekali petik dah dapat! Kita mahukan pasangan hidup yang beriman dan warak, tapi yang datang tu imannya tinggal kerak!

Solat Maghrib berjemaah lebih kurang jam tujuh malam. Tapi waktu itulah juga terhegeh-hegeh mereka nak masuk bilik air untuk mandi. Kekadang berebut bilik air bagai nak tercabut pintu dibuatnya. Solat kalau bersendirian pula, lajunya mak oiii mengalahkan pelesit. Dua tiga minit dah selesai. Itu pun dah masuk “injury time” dan selepas lima kali wisel amaran dibunyikan. 


Ish ish, susah betul nak cari teman hidup ni ye. Ada teman hidup dia pergi sembunyi kat dasar lautan. Ada ke patut.

“perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik”



terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

2 comments:

Anonymous said...

mmg susah oiiii nk cari tmn idup,klau dibuatnye kena cari kat dasar lautan.kene beli lak alat snorkling,google,suit menyelam,.Klau nak advance beli kapal selam...smuanye kene gune duit....hehehe..nice entry.... ( adam );;;

Atikah Ramlan said...

adam :: hahahaha (hanya mampu gelak):D

Post a Comment