rel='stylesheet' type='text/css'/>

Friday 24 June 2011

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati

http://www.emocutez.com

Tinggal 12 hari lagi saya akan meninggalkan rumah untuk kembali ke Politeknik. Cuti semester selama 2 bulan lebih rasanya seperti tidak cukup. Mahu saja di tambah cuti itu. Tapi kalau asyik cuti je bila nak belajar? Huhu. Saya pun tak tahu kenapa saya rasa macam tak nak balik Politeknik. Mungkin salah satu sebabnya saya tak nak jumpa dengan orang yang saya tak suka kot. Hehe. Ok lah, jom baca entry saya yang terbaru ni. Harap-harap dapat memberi sedikit info buat semua. Senyum-senyum selalu :) 
  
| Listen to your heart |

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapa pun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?

Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya.

Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah “couple” itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?

Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.

Jodoh?

Bukankah jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?

Anda punyai misi untuk Islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya?

Mari menjadi hamba kepada Pencipta.

Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.

Bukan seperti kita. Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah untuk menyihatkan IMAN!
Jangan terlalu fikirkan cinta.

Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari Islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.

Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.

Lihatlah cinta yang sebenar ini!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."


WASALAM
SEMOGA KALIAN CERIA-CERIA SELALU 


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

4 comments:

Adie shahrul said...

Terbaik tikah..:)

Khazinatul Asrar said...

mghtung hri btul r...
he3...
hah spe yg x ske tu??
=P =P =P

ღ Atikah Ramlan ღ said...

adie :: hehe.. terima kasih.. peringatan tuk diri sndiri..

ღ Atikah Ramlan ღ said...

khaz :: haha.. xde pape la.. huhu.. :D adalah 2 orang ank org tu.. huhu..

Post a Comment