rel='stylesheet' type='text/css'/>

Monday, 20 June 2011

Dendam Halus



Walaupun ia kelihatan seperti baik tetapi ianya penuh dengan nafas dendam. Kita kata kita sentiasa ingat pada Allah S.W.T, kita sayang Allah S.W.T tetapi mengapa pula kita hidup dengan penuh dendam yang halus lagi merosakkan.

Dendam halus lagi merosakkan ini cukup kuat impaknya dalam hidup. Biar kita kelihatan tenang, biar kita sering beribadah tetapi jiwa kita tidak tenteram.

Ketidaktenteraman itu terbit daripada rasa tidak puas hati kerana orang yang kita marah dan benci masih belum menerima balasan kononnya setimpal dengan perbuatan mereka. Kita akhirnya mendahului Allah S.W.T dalam menghakimi mereka sedangkan Allah lebih tahu apa yang sepatutnya.


Kita juga mula memutuskan hubungan silaturahim dalam diam sedangkan kita amat tahu bahawa kita tidak boleh memutuskannya. Kita bersumpah tidak mahu berjumpa si polan misalnya dan tanpa sedar ianya sudah memberi satu kejayaan yang tinggi kepada syaitan.

Semakin kita cuba hampir kepada Allah S.W.T maka semakin haluslah permainan syaitan ini. Permainan emosi dan dendam adalah permainan yang nampaknya tidak memberi apa-apa impak terhadap hubungan kita dengan Allah S.W.T, namun hakikat sebenarnya kita sudah mula lebih memikirkan mereka yang kita marah lebih dari memikirkan hubungan kita dengan Allah S.W.T. Kita katakan yang kita tidak berdendam tetapi tahukah kita asalnya kita rasa marah dan ingin melihat pembalasan itu sudah cukup untuk di gelar dendam.



Dendam adalah salah satu jalan pemutus rasa cinta kita kepada Allah S.W.T. Apabila ada rasa dendam yang halus, kita sebenarnya akan cuba menjustifikasikan perbuatan kita biarpun ianya bertentangan dengan sifat pencinta Tuhan.   

Baginda S.A.W tidak sedikit pun menyimpan dendam kepada mereka yang menganiaya baginda. Mungkin ada yang berkata, “itu nabi....”

Makanya sebab itu nabi maka kita perlu mengikut jalan hidup serta akhlak yang dipertontonkan kepada kita seandainya kita benar mahu mencintai Allah S.W.T. Selagi kita punya rasa tidak puas hati dan tidak mampu kita jadikan dia sebagai satu elemen kasih sayang maka selagi itu dia menjarakkan dirinya dengan Allah S.W.T yang Maha Mencintai.



Kita perlu hidup dalam keadaan yang berkasih sayang biarpun kita dianiaya, biarpun kita difitnah atau dinista. Mencintai Allah S.W.T itu dengan rasa, maka dikurniakan rasa derita sebenar agar kepekaan rasa dapat dikupas tanpa kata-kata.


Ni la akibat dendam. Boleh jadi kes bunuh! 
(Amaran : JANGAN TIRU AKSI INI)



terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

5 comments:

Khazinatul Asrar said...

btul tu...ble x puas hti kt org mle r nk bls dndam...isk2

krtun tu mnarik!!! (wlaupun aksi bnuhnye advnced)

Nazihah@Jiha said...

Sucikanlah hatimu dari sifat dengki, bersihkanlah ia dari sifat dendam, benci dan permusuhan dan sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang menyambung silaturahim antara kamu...:)

syukran atikah :) *peluk*

Adie shahrul said...

salam.. tikah.. Syukran jazeelan.. entri ni beri impak pd adie.. mmg betul... hati sentiasa ingin melupakan sesorg tp kenyataannya kita xbole lakukan.. sebab ada keegoan pada diri kita jd angkuh..

Atikah Ramlan said...

khaz, jiha, adie :: huhu.. terima kasih.. terima kasih.. terima kasih.. sbb sudi jadi kawan sy walaupun kita tak pernah bersua muka.. :)

Husna Izzati said...

mohon share dear =)

Post a Comment