rel='stylesheet' type='text/css'/>

Thursday, 4 August 2011

Surat Dari Iblis

Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.

Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui. Begitu hebatnya Ramadhan. Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.
Assalamualaikum... 


Hai manusia yang tersayang, 

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, 

tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus 

sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan 

untuk membaca Al-Kur'an. Sesungguhnya engkau tidak membuang-

buang masa.

Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. 

Bagus sekali ! Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah 

sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan 

memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. 

Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau 

dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, 

tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini bagus sekali 

kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water 

bill rumahmu. Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismillah 

sewaktu akan makan. Ini bagus,kerana engkau tidak memenatkan 

mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut 

Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sendawa kuat-kuat 

seperti lembu.

Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau 

menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen 

ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau 

tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang 

melimpah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang 

jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau 

seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan 

membeli kemewahan-kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau 

tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "Hi 

everybody!" Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahwa 

engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti 

bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab 

kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Engkau telah membuktikan 

bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau 

adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Di akhirat nanti, 

engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama .... kita berpegang-

tangan menuju Neraka Jahannam.


Sahabatmu Yang Tercinta.


Iblis 



terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)

Saturday, 23 July 2011

Temuduga Sebagai Calon Jenazah

Assalamualaikum..


TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara, Kemudian Akan Di lantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Munkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hambal yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya". 

Wasalam....


terima kasih daun keladi, kalau rajin komen sekali :)